RAWATAN PERCUMA

RAWATAN PERCUMA

Friday 19 October 2012

Kuasa Allah mengalahkan sihir


 "Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: ""Apa yang kamu lakukan itu, itulah sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya"". Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-orang yang membuat kerusakan." 

Surah Yunus ayat 81
2000hrs -Kg Jawa Klang

2200hrs - Taman Seri Muda

MANUSIA HANYA BERUSAHA

Sakit,sihat,kaya,miskin...segalanya adalah milik mutlak Allah. Kesembuhan dari penyakit juga adalah Hak Allah. Tiada manusia mampu menyembuhkan manusia...

RAWATAN DI LUAR PUSAT RAWATAN

Sekiranya pesakit tidak dapat dibawa ke pusat rawatan, saya bersedia untuk ke tempat/rumah pesakit jika tiket pengangkutan awam disedaiakan.

RAWATAN PERCUMA

Semua rawatan adalah secara percuma
Tiada apa-apa caj yang ditetapkan
Jika anda ingin memberi hadiah maka terpulang kepada kemampuan anda

Tanda-tanda anda 'terkena'


1. Masalah tidur malam. Anda akan terjaga dari tidur antara jam 12 malam hingga 3 pagi. Anda sukar untuk tidur semula sehinggalah hampir masuk waktu subuh

2. Kepala selalu pening, rasa melayang, seolah-olah berjalan atas angin

3. Rambut banyak gugur

4. Dada sentiasa berdebar

5. Anda jadi cepat marah.
Assalamualaikum warahmatillahi wabarakatuh

Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad, Pesuruh Allah
Salam perkenalan kepada semua pembaca dan pencari maklumat
Moga Allah mempertemukan kita dalam limpahan kasihNya

Saya bukanlah orang yang lebih pandai atau bijak dari tuan/puan. Malah
saya adalah hamba Allah yang paling lemah.

Saya telah diamanahkan oleh Allah dengan sekelumit ilmu untuk membantu sesama manusia.
Saya menyedari, ilmu saya tidaklah sampai sebesar zarah pun diantara langit dan bumi.
Tetapi menyedari tanggungjawab yang besar yang diamanahkan oleh Yang Maha Kuasa.
Saya menawarkan perkhidmatan secara PERCUMA kepada tuan/puan yang berhajat dan bermasalah dalam hal-hal berikut.

1. Terkena Buatan manusia
2. Sihir/santau
3. Tersampuk
4. Saka
5. Gangguan Jin/iblis